Pengalaman bercuti di New Zealand - South Island- Day 1 : Queenstown


Macam biasa, sneak peak untuk pembakar semangat membaca. :D


Alhamdulillah kami selamat sampai ke bumi Kiwi (12 Nov 2017) pada pukul 10.30 A.M dari Aussie. Sekarang adalah musim bunga dan cuaca adalah di antara 8-15 degrees. Sejuk! First impression dari segi muka bumi beruntung orang sini dapat tinggal di tempat yang muka buminya cantik dan tenang. Officer yang check luggage mmg agak strict, boleh kata strict lg NZ dari Aussie. Depa cakap"we have to be strict in order to sustain and maintain the beauty, as you can see outside". For me that's golden. Kalau semua orang dalam dunia agree willing to chance, we will found ourselves in a better place soon. No such thing as leceh or apa, nak jaga alam pinjaman tuhan, kena usaha lebih sikit I think no issue la. Leceh for me is benda yang tak logik and tak ada benefit yang terpaksa kita buat (sorry terbebel pulak).


Queenstown Airport. Dikelilingi gunung ganang + kabus



View di luar Queenstown Airport. Aaaa sejuk!

Tengah tunggu company keta sewa pickup kami

Keluar je airport gate, ni la view yg korang boleh nampak..kabusss



Ketika ni kami tengah tunggu staff GoRentals datang pickup utk dibawa ke ofis mereka. Urusan bayaran kami dah setelkan siap-siap di Malaysia. Kami pilih Go Rentals sebab harga lebih murah dan kereta yang dipilih guarantee tahun and jenis. Kami pilih Hyundai Tucson 2016. Harga sewa + insurance + driver + GPS = NZD 525.00 untuk satu keretaDapat warna biru & maroon. Meh saya gtau proses booking:

1) Buka website GoRentals & pilih Book.
2) Boh tarikh, masa pickup & balik
3) Pilih kereta & accesories yang nak tambah (GPS, seat baby dll.)
4) Pilih nak sewa sekali insurance atau tak mau. (kalau tak mau depa charge deposit kat kad kredit)
5) Pilih nak bayar full amount terus or nak bayar bila sampai sana. (kalau pilih bayar bila sampai 
    akan kena charge 1 NZD kat kad ja untuk booking fee)*if nak cancel kena inform awal skit takut
    kena penalty.
6) Print booking confirmation untuk reference kat sana nanti.


My boy for 6 days haha

Sampai dekat office, depa mintak lesen (lesen Msia valid di NZ) & sign agreement. Minyak kereta dah siap disi full tank. Depa akan bagi pilihan sama ada nak bayar sekarang atau nk isi penuh balik masa nak serah semula kereta. Nak jimat masa boleh bayar siap2. Sepatutnya harga minyak 120 NZD tapi dapat diskaun jd 90 NZD ja..


Maroon hee

*tips pilih kereta sewa/caravan jangan book awal sangat. Selalunya setiap kali masuk musim baru company kereta sewa akan buat promo. Macam kes saya masuk awal Oct ada promo, so harga rendah sikit berbanding dulu. Lain2 company yang ok juga spt  Apex Car rentals, Omega rentals car.

*ada persoalan/tak faham email terus kat company. Mereka mesti akan reply.

*saya pilih Gorentals sebab dapat kad Diskaun GoPlay untuk buat aktiviti di Queenstown.




Selepas selesai urusan kereta, kami terus bergerak ke Countdown utk shopping bahan basah utk memasak sepanjang kami di NZ. Perjalanan ke Countdown dari office Go rental ni hanya 10-15 minit sahaja.  Di Park N Save saya dengar kebanyakan barang perlu dibeli secara bundle.

* tips kalau singgah ke Coundown & nak beli ayam, jenama TEGEL adalah halal. Kalau singgah ke Park N Save ayam jenama BRINKS juga halal.

Di hadapan countdown

Macem tesco

Happy dapat shopping fresh vege dekat sini hehe. Shopping groceries utk 6 hari kami di NZ

Udang ni dah siap masak. Yg kopek murah pulak RM 89/kg, yg blom kopek RM98/kg

Beras 5 kg = NZD 15.69 / RM 46.60

Ada jaa mi goreng kat sini. Brand Maggi pun banyak

Famous local cookie

Total lost kami di Countdown lebih kurang  NZD 186 @ 2.97 = RM 552.40. Segala beras, telur, herbs, ayam,air mineral,susu, buah kami beli disini. Just nak remind if datang NZ, pemeriksaan luggage sangat ketat seperti contoh kami ada beli sandwich telur atas flight dari Melbourne ke Queenstown, sandwich tu kami tak habiskan n simpan dalam hand luggage. Lepas landed je, bila tiba di tempat pemeriksaan officer imigresen tu ada tanya if ada simpan makanan spt susu or telur..then kami terlupa utk declare/inform that officer..on the way ke tempat scan bag, tiba2 baru teringat pasal sandwich telur dlm hand luggage tu. Officer tu terus ambil and cakap lebih kurang cemnila "you are very lucky bcoz once your luggage go thru that machine, we have to fine you about $100" sambil senyum. Fuhh lega kalau tak melayang duit di hari pertama sampai NZ hehe. Korang boleh google senarai barangan yg dilarang bawa masuk ke NZ.

Next destination adalah utk ke ofis guesthouse kami utk membuat segala bayaran dan mengambil kunci. Kami booked melalui booking.com dan bayar thru cash di sana. Dari Countdown ke apartment lebih kurang 15 minit sahaja. Kami pilih  Element Escape Apartment, Queenstown. Harga NZD 1,147.50 @ RM 3,408.05 utk 3 malam dan boleh muatkan 6 orang (3 bedroom & 2 bathroom). Apartment ni sgt strategik sbb berada tengah-tengah di antara Countdown dan pekan Queenstown.


Tadaa.. ni la apartment kami sepanjang 3 malam di Queenstown. Disediakan garaj bagi setiap unit



Ruang tamu apartment. wallah cantiknya view..

Amazinggg. In love with the view SubhanAllah



Free wifi pon ada

Siap ada fireplace



Kitchen lengkap segalanya tapi kami bawa sendiri perkakas dari Msia spt senduk, garfu, sudu, pans, rice cooker, span basuh pinggan, tupperware

Microwave juga disediakan 

Preparing our dinner. Pizza wrap! tabur  mozarella cheese yg beli dekat countdown tadi..cheese tu sgt lembut. thorrrbaik!

Fell in love again n again aaaaa..

Overlooking Lake Wakatipu

1st main bedroom..ada toilet sekali dalam bilik ni. Semua bilik tidur adalah di tingkat bawah sementara ruang tamu n dapur di tingkat atas.

2nd bedroom. Iron and iron board juga disediakan di setiap bilik

3rd bedroom. Ada 2 single bed

Toilet n shower

Ada bilik laundry jgk. Sabun basuh baju dan penyidai pakaian disediakan sekali..ada heater dalam bilik ni so dapat keringkan baju dgn cepat

Apartment ni super bersihhh..Lepas selesai solat n mengemas, kami just pusing2 di sekitar apartment dan Lake Wakatipu. Cuaca sejuk plus berangin di atas ni. Mengeletorr~

Ajim and Ina at Wakatipu Lake heee. 10 degrees celcius

Just 6 of us. No tour guide

Kesayangan

Time ni sejuk gilak

Tasik yang dikelilingi gunung ganang

~Freedom~

Buai laju-laju. Time ni dah  masuk pukul 7 malam



                                                   
Selesai hari pertama di Queesntown. First day kami di NZ adalah bermula dari Queenstown Airport dan akan berakhir di Christchurch Airport. Terima kasih kerana singgah di blog ajimina dan sorry atas penggunaan bahasa rojak hee. Click kat SINI untuk baca Day 2..













































2 ulasan:

  1. Order quality MDMA, xtc, ecstasy, cocaine, 3-cmc crystal, 5-IAI, crystal methaphentamine, ketamine hcl, jwh-018, MDPV, 2C-I, 2C-E, 2C-P, 2C-B, 5-MeO-DALT, 3, 4-CTMP Pellets, a-pvp, Methadone powder, oxycodone powder, MDIA, Rohypnol - Flunitrazepam and others.

    E-mail:( atenahjah1988@mail.ru ) or wickr ID: chana01

    BalasPadam
  2. best tgk u punya info useful. teringin nk bawa parents jugak utk sampai ke sini tapi tak tahu nk mula mcm mana, hope sis boleh guide detail

    BalasPadam