Bercuti di Jepun : Day 1 - Kyoto & Fushimi Inari


  Assalamualaikum.. Firstly saya nak minta maaf sebab lambat or x jawab or reply email-email yg anda semua send tentang Trip Korea yang lepas. Maaf sangat2..

So Alhamdulillah, tanggal 29 March 2016, jam 11.45 P.M kami berlapan dah terpacak kat KLIA untuk trip kami ke Jepun. Kali ni kami naik Malaysia Airlines. Harga tiket kami dapat time promo hari tu Rm12++ (return) skali luggage 30Kg dan dua kali flight meal. Tak sabar time ni nk jejak kaki ke negara matahari terbit! Watashi wa xsabaro!




Super 8!
 So lepas immigration dan check-in luggage kami terus ke gate kami. Time tu tak ingat dah pasal keja, pasal masalah2 kat Malaysia.. semua dok terbayang sakura-sakura kat Japan nanti.. mata pun dah celik semua walhal otw datang klia tadi menguap2 xhinggat diri.hahaha

Untuk Meals, MAS offer dua kali meals. Sejam selepas berlepas dan sebelum landing. So yang 1st ni is supper sebab flight tgh malam..kami dihidangkan dengan bread, sramble egg with grill tomato n potatoes, mixed fruit, strawberry yogurt dan fresh orange.


Before landing, kami dihidangkan pula dengan breakfast ni. Sandwich dan fresh orange. Bahagia kan hidup kalo hari2 makan, tido pastu makanan lain pulak terhidang.hehehe


Selepas 7 Jam atas flight akhirnya kami selamat mendarat ke KIX Airport Kansai. Terima Kasih pilot bertugas hari tu sebab dia punya landing thorbaekk.. 

Alhamdulillah..Airport Kansai ni terletak di atas laut buatan..tu ha, nampak laut di kiri dan kanan kami :)


OTW cari JR Office
Okay, Nak sembang psl JR Pass. JR Pass ni sangat-sangat berguna untuk tourist luar yang nak explore Jepun dari daerah (prefecture) ke daerah yang lain. Contoh dari Osaka nak ke Tokyo, Tokyo ke Kyoto berkali-kali dalam tempoh trip. Sebab apa berguna? sebab once kita dah ada JR Pass, so semua train, subway, bus yang under syarikat JR tidak perlu bayar lagi menggunakan cash, just tunjukkan pass tu kepada penjaga tiket. Naik lah berapa juta kali pon selagi dalam tempoh perjanjian JR pass tu. Yes even bullet train (Shinkansen) kecuali Bullet train Nozomi dan Mizuho sahaja yang tak boleh. Yang lain silakan..


Ini JR Pass untuk 7 hari

JR Pass hanya boleh dibeli oleh tourist luar dan tak boleh untuk orang Jepun, dan hanya dijual di luar dari negara Jepun. So saya beli di JTB Malaysia di KLCC.  ni dia link : http://jtbmalaysia.com/japan-rail-pass/
Harga dalam RM 1000-RM 1100 ikut currency rates pada ketika tu.
Apa yang kita beli hanya Exchange Order shj okay? So nak dapat JR Pass kena tunggu sampai Jepun baru boleh ditukar ke JR Pass macam gambar atas ni. Sampai saja Airport Japan carilah JR Ticket Office macam gambar bawah. 


Jangan risau signboard Japan mesra pelanggan hehe.. informative!

LG SATU! POCKET WIFI!
Please pocket wifi sangat lahhh penting untuk cari train line dan juga jalan-jalan, lorong-lorong kat Jepun nanti. Dengan ada nya wifi ni setiap corok tempat, di laut, di sungai, di atas bukit semua boleh access internet tau. Ada time tu, tgh duk naik sampan di Hozugawa River sempat lagi update fesbuk.muahaha.

Saya syorkan if nak pocket wifi boleh book kat website ni : www.visondata.com.my
harga rm25 sehari sahaja. So if pergi trip 10 orang baru berapa sangat. book dua bijik pon lg okay buat backup :)
Lepas book, nanti hari berlepas datang awal sikit dan ambil pocket wifi ni kat kaunter Hotlink aras dua KLIA. Time bayar guna credit card shj. If tak ada credit card boleh deposit dulu sekali advance. nanti bila balik Japan baru amik balik duit advance.
Berbalik kepada trip hari pertama, Kami naik Train Express-Haruka terus ke kyoto untuk ke guesthouse yang kami dah book. Sejam perjalanan.

Ini Kyoto Station. Baik kan budak ni pakai baju kurung kat Jepun.hikhok :P
 Dah sampai Kyoto Station kami pindah/transfer line train untuk ke Shichijo station sebab guesthouse dekat dengan station tu.

Sampai dah :) Sejuk nyaman.. macam pekan Jitra ja..



Ajimina hee.. Cheq baru kawin..

Kak Munirah posing-posing dulu sebelum berjalan ke guesthouse. Ha, comey dah kak posing cenggitu.



Akhirnya sampai ke guesthouse!
Guesthouse ni kami book thru Airbnb.com. Airbnb ni macam satu website/platform untuk sapa-sapa shj yang ada bilik/rumah yang nak dibuatkan hotel or guesthouse. Mereka just register ja kat Airbnb ni dan boleh iklan property mereka.
Apa yang bestnya book guna Airbnb? Bila book kat sini, kita akan terus berhubung dengan owner rumah yang kita nak stay tu. So senang if ada apa-apa yang kita perlu.. even macam trip kami, owner tu buat group Whatapps untuk senang berhubung dan mereka juga akan datang visit kita dan akan tolong kita if ada apa2 masalah2 dan problem2. Besttt! 


Atau boleh check hotel-hotel lain area Kyoto kat bawah ni :
Hotel area Kyoto
Lorong Guesthouse. Lorong belakang rumah orang ja. tapi sgt bersih n tenteram!

bekalan keimanan dari Malaysia.hee.. Alif dok aim ja mana nak boh dulu.

bilik dalam guesthouse. Japanese style, i like

Minimal dan kemas. i like lg..


Habis unpack barang-barang, makan mandi, kami decide terus nak pergi ke Fushimi-Inari. Fushimi Inari ni terkenal dengan Orange pillars yang cantik.. Tiang-tiang warna orange ni tiang kayu. Orang-orang Jepun ni rajin, diaorang susun rapat-rapat tiang ni sampai dijadikan tunnel/terowong terus sampai atas bukit. Selain tu banyak jugak shrine-shrine tradisional jepun kat sini.

Terang banyak tak guna so usya-usya gambar kat bawah. 

Entrance 


Tiang-tiang orange. tetiba teringat buah oren. ahakss 

Air ni boleh diminum terus.

Mr & Mrs Zarifi :)
Setiap tiang-tiang oren ni org jepun panggil "torii". Acually setiap "torii" ni adalah hasil sumbangan someone or organisasi untuk dijadikan tanda/bentuk terima kasih atas kemakmuran tempat yang diorang duduk selama ni. Setiap "torii" or tiang ni ada nama penyumbangnya sendiri. Nak baca tapi xreti baca japanese hehe..
Ajimina
Ajim tanpa ina haha
Sekitar Fushimi-Inari
Cara pergi ke Fushimi Inari Shrine (FIS) :

Dari Kyoto Station naik JR NARA line - turun di stop kedua iaitu Inari Station.
Jalan dalam 200 meter terus jumpa Shrine ni. Harga tiket 140 yen. If ada JR Pass tak payah bayar dan nak masuk FIS pun free.

Sorry tak banyak gambar sempat kami tangkap sebab pergi sini pon dah lewat dan hari pertama sampai, xsempat nak buat apa lg.. So tunggu post seterusnya, mcm2 lg kami teroka, sightseeing sakura, naik boat, main salji, jelajah tokyo, osaka, nak kabel car, ramen halal, shopping macam2 lagi.. See you in next post! 

*Bonus
Kalau taknak pening-pening decide kat mana nak visit attraction area Osaka & Kyoto try guna Naracards Pocket Travel Guide ni. Murah ja. 
Order kat link ni :Osaka & Kyoto Pocket Guide

Tengok-tengok hotel area Kyoto kat bawah ni :



Booking.com


Terima kasih sudi view blog kami,
AJIMINA


9 ulasan:

  1. TQ for the sharing... Insya Allah akan ke Jepun Nov 2017.... by the way sekali dah pakai Air BnB... pasti nak lagi... haha.....

    BalasPadam
  2. TQ for sharing.. If don't mind boleh sambung cerita pengalaman di Jepun? :)

    BalasPadam
  3. Dah pergi, ingat nak pergi lagi sekali....

    BalasPadam

  4. Sis blh bg contact no homestay yg sis sewa tu x?

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Jepun antara salah satu negara yang menjadi target untuk saya travel nanti.Baca Percutian Mewah Ke Jepun Yang Ditaja Oleh Shaklee Secara Percuma Siapa lagi yang nak tahu cara ke oversea dengan percuma ? Lawatlah blog saya 😊

    BalasPadam
  6. Bestnyaaa. Rasa nak repeat Japan semula. Lepas ni nak ke Kyoto pula. Baca sini terus rasa nak pi beli tiket ��

    BalasPadam
  7. Salam..apa nama gusthouse tu yer? Macam best je japanese style.. ;)

    BalasPadam
  8. ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
    DISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
    Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
    saya.

    Contact :+6281263636746
    Whatsapp:+6281520944993
    Instagram: infotoursmedan
    Facebook :1. Eza purba
    2. pakej lawatan
    Email : infotoursmedan@gmail.com
    https://agenttoursmedan.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Order quality MDMA, xtc, ecstasy, cocaine, 3-cmc crystal, 5-IAI, crystal methaphentamine, ketamine hcl, jwh-018, MDPV, 2C-I, 2C-E, 2C-P, 2C-B, 5-MeO-DALT, 3, 4-CTMP Pellets, a-pvp, Methadone powder, oxycodone powder, MDIA, Rohypnol - Flunitrazepam and others.

    E-mail:( atenahjah1988@mail.ru ) or wickr ID: chana01

    BalasPadam